Tuesday, 9 April 2013

LIMA 2013

Assalamualaikum....


Rajawali..terbang tinggi...shines like a diamond in the sky...itulah antara bait lagu sempena LIMA 2013 di Langkawi Kedah...seronok aku dapat peluang ke sini kerana tidak pernah lagi tengok acara LIMA ni.

Berada di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) dengan puluhan ribu pengunjung amat mengujakan..meriah sungguh..

29 Mac 2013 (Jumaat)

Sampai kat jeti Kuah, terus ke MIEC...berdebar dan teruja ..


FA 18 Hornett
Cuaca yang panas tak menghalang aku dan hubby untuk berpesta di tengah panas ni... sampai burn kulit dan berpeluh sakan, heeehhee.. demi untuk menyaksikan dengan mata kepala sendiri wira - wira negara mempersembahkan aksi - aksi berani mati...

 Pelbagai pesawat pejuang seperti  Russian SUKHOI team..TUDM squadron MIG-29 , Fulcrum,,US Air Force F18d Hornet, Jupiter from TNI AU..

 
Boeing 737

Hubby bersama salah seorang pilot C17 Boeing Globe master dari USA..

Pihak US bagi kebenaran untuk orang awam memasuki pesawat ini. Jom terjah apa ada kat dalam C17 ni...



Pucuk dicita ulam mendatang....

Antara foto yang sempat dirakam dalam pesawat ini... begitu mengujakan. hasrat untuk melihat apa yang ada dalam pesawat Boeing ini akhirnya terlaksana...









foto banyak yang shaking sebab aku terlampau excited..

Kami naik ke tingkat atas (cockpit)...jom intai apa ada di atas

..............................taaaa daaaaaaaa.......................................



 canggihnya ...macam 2 peralatan elektronik...hebat pesawat dan pilot ini...

 merasa jugak duduk di seat pilot.. beranganlah kejap..seronoknyaaaaaaaaaaaa
memang hebat dan satu anugerah sebagai Pilot ni...





Hubby memang ada pengetahuan yang luas mengenai airforce ini.. jadinya seronoklah dia bersembang ngan para pilot dan crew...aku hanya senyum jer...



Bye Boeing C17- nice to meet you!!!


 sangat sporting dan sentiasa senyum bila berfoto..(walaupun panas terik) itulah kelebihan Mat Sallleh...


Diorang sempat bersembang pasal band Iron Maiden, fullamak....they like him..

Aku tak ambil gambar pesawat pejuang diudara.. sebab kamera tak cukup hebat untuk aksi sebegitu, kesian....

 C17 pun buat aksi walaupun berat dan besar..dia boleh reverse tau....heheee...

 ini krew atau pilot, tak tau...

 ini pilot Sukhoi TUDM

Aku suka pesawat ni - Omega Tanker


 Rasa megah berada di LIMA 2013 ini...


 Dulu hubby juga mempunyai cita - cita jadi Pilot..tapi....

didalam pameran MIEC bersama syarikat - syarikat gergasi dan ternama

Jumpa lagi LIMA 2015.....

sempat ronda pekan Kuah, shopping sikit dan kat pantai Chenang singgah cafe ini....







Aku minum Hot Cappucino dan hubby minum english tea..


Cafe ini owned by a British lady..very friendly and always smiling...


Sekian kisah di Langkawi...Pulau Lagenda.. cantik tapi tercemar dengan kekotoran di sekitar pekannya.. everywhere there's a rubbish...what a shame....sayang tak jaga betul - betul .....



Byeeeeeeeeee....










Saturday, 16 March 2013

BMW TEST DRIVE



Assalamualaikum.....


Hati ini teruja untuk berkongsi kenangan manis masa test kereta idamanku, BMW 320i (sport) pada Februari 2013 yang lalu.  Hari itu kami para sahabat dengan penuh semangat berkunjung ke bilik pameran BMW di Jalan Anson.

Wow, terasa aura positif mengalir deras didalam mindaku..... dalam masa yang sama berdebar teramat ibarat bertemu pujaan hati, huhuhuh...

                 Si merah lambang keberanian, kekuatan, keteguhan dan kemewahan....


                      Terasa amat berdebar + suker duduk dalam si merah, pujaan hatiku kini....


Hari tu sahabatku memandu uji si merah, kami berdua hnya jadi passenger. Nampaknya aku tak bersedia lagi untuk memandumu si merah.. next time..
 
Interior si merah......
 
 



 
 
Aku tahu untuk memilikimu si merah memerlukan pengorbanan yang amat tinggi. Tiada jalan pintas ke arah itu. Namun ku berjanji akan memilikimu suatu hari nanti.
 
Aku tak peduli dengan kata - kata nista para biawak sekalian ... kerana biawak 2 itu pun tiada apa satu pencapaian yang boleh dibanggakan dalam diri mereka..
 
 
Janji aku akan berusaha ke arah itu.... kerana aura positif telah hampir sebati dalam jiwaku, berkat berkawan dengan orang 2 berjaya dan positif dan meninggalkan para biawak jauh dari diriku.....
 
 
Aku juga tahu untuk memilikimu tidak semudah dan sesedap menikmati segelas long macchiato kegemaranku di Dome...
 
atau.....
 
 
 
menonton movie di 1st Avenue..
namun niat murni itu akan kuteruskan juga kerana selalu apa yang ku hajati pasti akan kudapati juga...
 
 
 
Moga akan kelihatan kelibat si merah di pejabatku dalam masa 2 tahun lagi....selamat berusaha si F. Aku dan si S akan mendoakan kejayaanmu!!!!!!!
 
 
Jumpa lagi si merah pada siri test drive akan datang...
 
 
Muah love ..love ..love....
 
 
 
 
 
 
Yang Benar,
 
Juju2013
 
 
 
 

CABARAN DI LAPANGAN 2012

ASSALAMUALAIKUM...

Malam ni bila tengok foto boria, terkenangkan kembali kenangan CDL 2012 yang diadakan pada 17 Disember 2012 yang lalu.  Serba ringkas mengenai CDL 2012.

Pagi tu, kami semua berkumpul di USM Transkrian untuk pendaftaran CDL.

      Taklimat oleh bos - bos sebelum kami diagihkan untuk aktiviti mengikut bidang masing2.  Kami bahagian pentadbiran diberi assingment mengenai Amalan 5S

          Aku dan para sahabat wajib untuk aktiviti bergambar

Selepas breakfast, kami pejabat J. Pembangunan untuk aktiviti 5S


 Sesi pembentangan kumpulan untuk 5 S.

Setelah selesai lebih kurang pukul 4.30 petang, kami kembali ke dorm untuk aktiviti malam pula iaitu:-


Malam Sanjungan Budi 2012  diadakan khas untuk meraikan Tuan Pengarah Pembangunan, IR. Hj. Mohamad Sofian Ahmad yang akan bersara pada 3 Mei 2013 nanti.  Malam ini istimewa kerana ada persembahan dari ketiga 2 kampus oleh para staf yang sukarela berganding bahu bagi memeriahkan suasana. Acara diadakan di Bukit Jawi Golf Resort.


      ' man of the nite '



   Pengarah Pembangunan menyampaikan ucapannya malam itu.  Beliau terasa amat 'surprised'  dengan majlis dinner meraikan beliau ini.

Antara acara yang berlangsung :


     Dikir Barat oleh staf kampus Kesihatan

  Boria oleh staf kampus Induk


 Sketsa oleh staf kampus Kejuruteraan


   Deklamasi sajak oleh Pn. Shakina dari kampus Induk - Tentang Dia....


  Sesi penyerahan cenderamata - cenderamata kepada Pengarah Pembangunan


Malam itu aku dan sahabat 2 membuat persembahan boria dengan 2 buah lagu. Rasa amat berdebar untuk ke pentas tapi dihati rasa seronok tak terkata kerana telah tiba masa dan ketika  membuat persembahan.  Hasil dari ketekunan dan semangat juang yang tinggi, akhirnya kami berjaya lakukannya.

Bukan mudah sebenarnya.  Seumur hidup tak pernah menari boria.  Banyak step perlu diingat tapi alah biasa tegal biasa.....

Ini group kami:-


     Ita, Tun, Aku, Zie, Fiza dan Aza. Kak kinah tiada dalam gambar ni, kesiannnnn

  Dalam bilik persalinan. masing 2 nervous tapi seronok....



Yeay... kami dah berjaya lakukannya...

Malam itu sungguh bermakna buat kami. Kami akan ingat sampai bila - bila... Terima kasih kepada pihak penganjur Tn. Hj. Hamdan & co. yang telah berjaya melaksanakan majlis CDL dengan lancar dan sempurna.  Terima kasih sekali lagi....

Harap dapat membuat persembahan boria lagi pada masa akan datang....


Wassalam....