Setelah menghabiskan masa dalam suasana flite yang agak membosankan, akhirnya kami sampai di Hong Kong International Airport pada jam 830 malam. Lega akhirnya sampai di bumi HK ini.
Berjalan sejurus keluar dari flite ke Arrival Hall
Saujana mata memandang
naik eskalator baru tak penat berjalan... macam di Bangkok
Di airport ini kita takkan sesat sebab banyak papan tanda ke Arrival Hall.
Laluan untuk ke Immigration. Setelah clear, naik train untuk ambil luggage
Train station di airport
tunggu train dengan sabar, setiap 3 minit sampai.. pantas kan...
dalam train untuk ambik luggage
Keluar dari train, ada board tertera nama flight dan nombor untuk luggage claims.. supaya senang cari... sebab di airport HK banyak flite touch down.
Selepas itu, cari pintu keluar untuk bertemu agent..kami bertemu di...
Nampak tak nombor 19, 20 dsb...itulah tempat berjumpa agent. senang cari sebab pada surat ada tertera no. palang itu (19) B.. jadi kita tak payah pusing satu airport untuk tujuan itu.. sampai situ agent dah siap tunggu untuk bawa kita ke Aiport Coach menuju ke hotel...Bersama kami ada couple dari JB yang menginap di hotel yang sama... so sempat berkenal-kenal dengan chinese couple ni.. dia pun sama 2 excited macam kami untuk ke Disneyland..
That's the couple (white shirt)..dan kami berjanji untuk ke Disneyland bersama - sama...
Dalam bas ini cuma kami berenam sahaja...menuju ke hotel Panda
yang terletak di Tsuen Wan..
Dalam perjalanan kami menyeberangi Tsing Ma Bridge yang terkenal.
Perjalanan mengambil masa dalam setengah jam. Terpegun melihat bandar HK yang bersih dan tenang.. tiada banyak kenderaan ketika ini..
Abang tengah check in..masa ni dah amat keletihan..
Kami sebenarnya bertuah kerana menginap di hotel Panda ini kerana di bawah hotel terdapat Panda Mall. Hotel ni terletak di tingkat 3. Banyak kemudahan untuk shop ada di sini.. seperti 7E (pun terletak di tingkat bawah) hotel dan KFC..(tapi food limited sbb tak halal) ya.
Perkara menarik di hotel ini sebab masuk lift kena line - up..(lupa nak snap gambar) hehehe... very behaviour orang di sini... queue yang panjang sebab sejurus kami tiba, ada pula group dari Beijing sampai .. memang ramai betul.. meriah hotel ini.. we are the only muslim couple at this time at this moment..
Sampai bilik...ada pulak yang jemu baca entry yang tak habis 2 ni... ya la sementera line ok ni, huhuh..
Masuk bilik wajib snap gambar bilik dulu... saper2 pun jangan berani sentuh apa2 ...hahaaha
Antara kemudahan yang ada di bilik.. menarik di bilik ni ada microwave..
dan juga set untuk makan...
Selepas membersihkan diri dan solat, bersiap untuk tidur sebab mengantuk sangat.. tapi tv dibiarkan terpasang supaya bila terjaga di tengah malam takla rasa sunyi sangat... hehhehe.. Esok nak ke The Peak dan aktiviti2 lain. Just can't wait to see Hong Kong tomorrow..
Tata....
No comments:
Post a Comment