Friday 28 November 2014

DESTINASI IMPIAN IDAMANKU



Assalamualaikum....

Siapa suka melancong angkat tangan......tentu suka kan.. siapa tak suka mesti "something is wrong somewhere".........

Kenapa I suka melancong, mengembara sama ada melancong bajet atau yang 'high cost".., yang penting dapat berjalan, luaskan pandangan dan pengetahuan yang cetek ini. Kehidupan yang serba moden di negara maju amatlah mengujakan kerana semuanya amatlah pantas, efisien, jimat masa dan tenaga dan yang penting pemikiran setiap rakyatnya juga maju dan berpandangan jauh.  Ini lah yang wajar dicontohi setiap dari kita.
Antaranya tabiat mereka adalah berjalan dengan kadar kelajuan yang pantas kerana masa itu emassss dan tiada sebab untuk membuang masa di jalanan dan sudah semestinya badan lebih sihat dan bertenaga.

Melancong tidak membebankan jika kita membuat perancangan awal.  Tuliskan di dalam buku (lebih afdal dari menulis di komputer kerana tulisan di buku akan lebih menyerap di minda dan kita akan dapat merealisasikan dengan lebih cepat). Ini yang selalu saya praktikkan...catatkan tarikh atau jangkaannya..tempat yang ingin dilawati (list down), mula search flite, hotel dll (duit semestinya perlu jika ingin melancong), bukan sekadar perancangan saja.. jadi simpanlah duit dan target your next destination). 

Wujudkan satu akaun untuk tujuan melancong, just to up jer duit dalam tu, lama 2 jadi bukit, hehhee..

Simpan gambar tempat yang menarik yang ingin kita kunjungi.  Ini antara tips yang amat berkesan untuk jadi kenyataan. Tak percaya cuba buat.  Bila gambar selalu dilihat, otak akan merangsang untuk berusaha menjadikannya kenyataan dan dalam masa yang sama secara tidak langsung ia merupakan satu "DOA". Kuasa doa tidak dapat disangkal lagi. Selain itu percaya pada diri sendiri..Yakin, boleh, pasti.. Finally..perancangan itu mesti...

Anyway, tempat yang menjadi  idaman yang akan dikunjungi pada masa akan datang adalah :-

1)   Mekah


2)   London



3)  Paris




4) Itali



5)  Dubai



 InSyaAllah, rezki pasti akan menyusul dan tak kira mana yang datang dulu, yang penting dapat pergi..

Btw, I dah set target untuk tahun 2015, hopefully jadi kenyataan. Ingat!!!!! rezki itu pasti cuma perlu usaha, doa dan tawakal...Bye..