Tuesday 27 November 2012

10 PERKARA MENARIK DI MEDAN

Salam.... Bukan semua orang berkesempatan untuk melancong.. jadi saya amat menghargai peluang yang ada untuk menambahkan ilmu pengetahuan di samping mencuba perkara dan makanan baru, hehe... kalau kita berada diluar dari negara sendiri, confirm sentiasa berasa lapar....semua sedap tau..

BTW, saya nak review perkara yang menarik di tempat yang saya telah lawati bermula dengan Medan, Indonesia pada tahun 2008.


10 perkara menarik mengenai Medan:-

1)  Penduduk yang padat, jadi semua orang berlumba - lumba untuk menyara hidup dengan pelbagai pekerjaan

2)  Sampai di Airport Polonia, Medan, ramai orang berebut - rebut untuk mengangkat luggage untuk tips

3)  Orang Medan melayan tetamu mereka dengan begitu ramah dan baik sekali

4)  Makanan di Medan amat sedap terutama nasi padang dengan harga yang murah walaupun di restoran yang ternama

5) Jika nak membeli baju di toko - toko (cth: di Pasar Ikan), pilih dulu 2 atau 3 barang kemudian barulah menawar harga. 

6)  Baju kebaya yang cantik boleh ditempah di Pasar Ikan dan akan siap dalam masa 1 hari.. bila siap boleh dihantar ke hotel penginapan

7)  Hotel di Medan kepunyaan rakyat Malaysia adalah Hotel Semarak International

8)  Jika kita disapa penjual barang di jalanan, sebaiknya janganlah cuba membeli barang tersebut kerana selepas itu kita akan dikerumuni oleh penjual - penjual lain yang memaksa kita membeli barangan mereka

9)  Ketika di jalanan, berhati - hati dengan pencopet (penyeluk poket dan pencuri beg tangan)

10) Kita boleh menjadi seorang jutawan di negara Indonesia kerana matawang mereka yang amat rendah.. Untuk shopping, bawa RM1000 pun dah cukup, hehehhe.. Macam - macam boleh dibeli sebagai ole - ole untuk dibawa pulang.

- Sekian coretan mengenai Medan -

















Monday 26 November 2012

PERJALANAN TERAKHIR SEORANG PAK SU

Salam semua,

Pada ketika sajak ini ditulis, Pak Su telahpun meninggalkan dunia yang fana ini pada 29 April 2012 jam 6.20 petang hari Ahad.  Rasa sebak dan terkilan, hati rasa gundah gulana teringatkan kenangan bersama Pak Su..
Ku coretkan sajak ini khas buat Pak Su yang telah pergi meninggalkan semua deritanya.. semuga tenang abadi di sisiNYA.  Amin.

***
***
**
**
*
*
(Mohd Fauzi bin Razali telah kembali ke sisi Penciptanya pada 29 April 2012 jam 6.20 petang. Al-Fatihah....)

PERJALANAN TERAKHIR SEORANG PAK SU

Hari itu tanggal 29 April 2012
Suasana hening awam kelam
Dinginnya malam menggigit rasa
Hatiku gelisah hatiku duka

Beratnya kakiku melangkah
Tatkala dari kejauhan kulihat
Sekujur tubuh terbaring kaku
Apakah benar semua ini
Atau illusi semata

Kucuba singkapkan tabir
Yang menutupi wajahnya
Kulihat wajah duka dan derita
Wajah itu kutatap lagi
Kelihatan rautnya layu
Tubuh kering kaku
Amat perit sekali
Derita yang ditanggungya

Hatiku sebak bagai dihiris
Ingin menjerit tapi tak berdaya
Hatiku menangis pilu
Amat pilu di dalam dada
Tak kusangka begini akhirnya

Bacaan merdu surah Yassin
Menghiasi suasana malam
Hadiah terakhir buat Pak Su ku
Yang telah pergi tinggalkan
Semua kenangan silam

29 April 2012
Perjalanan terakhir Pak Su ku
Kejadian itu benar rupanya
Itulah janji Tuhan kepada hambanya
Yang hidup pasti kembali
Kepada Penciptanya

Pabila tabir suria menjelma
Sekujur tubuh derita itu
Akan dibawa pergi
Ke suatu tempat sunyi
Yang teramat - amat jauh dari alam nyata
Terlalu jauh jauhnya

Bersemadilah dengan tenang wahai Pak Su ku
Moga ditempatkan dikalangan
Orang - orang beriman  dan bertakwa

Aminn....



Nukilan sayu dari,

Julie - 26/5/2012 - 9.59 am






























DERITA SEORANG PAK SU

Assalamualaikum..

Sudah genap 7 bulan lebih Pak Su meninggalkan kami semua... Makin lama makin terasa jauh namun kami semua anak 2 saudaramu tidak permah melupakan dirimu setiap kali solat kami.

Sebenarnya, sajak ini telah lama ditulis iaitu semasa Pak Su masih bertarung nyawa  dengan kesakitannya.  Tapi pada hari ini terbuka hati untuk menuliskan di blog ini. Sama - sama hayati maksud tersirat dihatiku ini.

**
**
**
*
*


DERITA SEORANG PAK SU

Kala kesunyian malam
Waktuku berseorangan
mindaku tertiba sayu
hatiku jerih pilu..bagai ingin menangis
saat terkenangkan seorang Pak Su


Terlantar sendirian di kamar
Sendiri menahan derita
Sendiri tahu segala
Sendiri menahan siksa
Betapa kuat harus ditanggung
segala siksa ini


Ya Allah.. kurniakan ia kekuatan
Kurniakan ia kesabaran
Selama mana harus begini


Ia hamba yang hina
Ia hamba yang lemah segala
Ia tidak tertanggung semua ini


Tuhan tahu segalanya
Moga akan ada sinar buatnya
untuk menempuh hari esok



Nukilan : Julie - 11/1/2012 - 12.11 am









Tuesday 20 November 2012

EXPLORING HONG KONG (THE PEAK)

Salam semua...

Terima kasih kalau ada yang sudi baca entry kali ini, sajer suka 2 menulis untuk kenangan. Bukan senang nak review sesuatu tempat, kena ingat betul 2, hehehehe sementara masih fresh ni.

Ok, early in the morning, we left the hotel, opss in English plak. malay please, huhuhu.

For the second day, pagi - pagi lagi kami dah keluar untuk merayap. Itinerari memang sudah disiapkan awal supaya taklah pening nak cari tempat untuk dituju.  Destinasi pertama adalah THE PEAK.

Keluar sahaja dari bangunan hotel, fuhhh sejuk la, terasa macam pegang ais.. padahal waktu tu ada matahari..

    Masa ni kat pedestrian hotel.. menuju MTR station
     Pemandangan nyaman sejuk tau.. tapi aku tunjuk terror la tak pakai apa 2 jaket, hehee
                      Itu dia Hotel Panda. 
                  Macam main merry go round, pusing turun ke bawah untuk ke MTR
  Penat jugak berjalan.. dah sampai pun station Tai Wo Hau


  Dalam train full, kalau dapat tempat tu kira nasib baik la.


Pastu naik train ke the Peak.. turun kat station Central..... jalan jer terus ikut signage...(ikut bawah tanah),  kena tengok singnage betul - betul, jangan ralit ....ikut jer anak panah ke The Peak.... then akan jumpa jalan keluar.. seronok tau ke tempat yang kita tahu,  macam explorace rasanya.... Hubby memang terror bab mapping ni...

Keluar dari subway, nampak bangunan Murray Building.. then lepas tu kena rajinla tanya orang sekeliling untuk ke The Peak.. hari minggu memang banyak orang Filipina lepak dan ada tempat khas untuk diorang kat Murray Building tu... otw the The Peak kami singgah kat station tram ...


Tram station tapi tak tahu plak tram ni kemana, tengok dia punya sch. byk tempat disinggah tapi macam tak familiar tempat tu, so kami pun tak naik, just lihat jer...
                     Dulu memang nak sangat tengok tram dari dekat, sekarang dah ada depan mata

Sambung balik kisah The Peak tu, jumpa sorang auntie ni dia bagi penerangan camna nak ke tempat tu.. baik sangat dia, very helpful...


          Sambil jalan, sempat snap gambar bangunan pencakar langit di HK, hebat sungguh.....
    

   Inilah station The Peak Tram Terminus...

   Selepas melalui queue yang panjang, akhirnya dapat tiket ini...harga untuk seorang RM45 pergi balik


Sementara tunggu tram turun, ada small gallery kat sini

            Dapat lihat jentera lama yang digunakan untuk control tram
                  Contoh tram yang lama

   Berdebar 2 tunggu tram... orang ramai lak tu
   Tu dia sampai dah....
    Nasib baik ada tempat duduk...
   Everyone muka suprise jer
  Bumbung berkaca membolehkan kita melihat luar dengan jelas


View dari dalam tram, sungguh mengasyikkan dan teruja dengan pembangunan HK






Sampai di station The Peak, rasa excited sebab masuk 2 jer ada gift shop..



 Ini lah Madame Tussauds Hong Kong. Kebanyakan patung lilin kat sini adalah aktor/aktress Hong Kong.. yang omputih sikit sahaja.. Lepas beli tiket, kami pun explore patung 2 yang ada di MD ni...

Sopannya dok tepi Queen tu...

                Aiman pegang apa tuh, hahhahah
                    Hai, piano pun nak pegang ker, mana mari ni?? hehehhee...
                     Feeling macho ler tu...
   Anita Mui
   Inilah dia pengasasnya - Madame Tussauds.. dia pun buat patung dia sendiri... patung aku takmo buat ker..I'm not the star, okehhh

Boleh kata dah tak larat lagi nak bergambar ngan patung - patung ni, penat tau tapi dah datang jauh - jauh takkan tengok jer kan..

Ini ada foto lagi, adehhh penatku copy paste gambo ni, huhuh...


     Feeling ayu la kan bila duduk sebelah Audrey Hepburn ni..
    Ini memang my hero... i like him
     wow, hansem tau dia ni, tall and good looking jews

 
I miss him a lot - MJ

                Cara patung dibuat... ada proses dia.. tak kuasa nak baca ....
    Berapa tingkat MT ni aku tak perasan la, kejap 2 naik, kejap 2 turunn tangga, hik, hikk.....

Nurul bila nak jadi genius macam AE ni.. tapi rambut jangan tiru la, serabut lor





  Untuk foto 2 lain, sila rujuk FB ya....

Penat sungguh berjalan dalam MD ni, keluar dari Md terbau kopi yang sungguh wangi.... mana ya..hahhaa, tu dia kedainya - Pacific Coffee



    Gambar kureng skit sbb cahaya dari luar agak terang.. Lepak 2 kat sini sambil minum Cappucino panas  memang nikmat sambil melayan view yang amat cantik ini...

   Aku dikelilingi mat saleh, kat HK ni jarang nampak orang melayu..boleh bilang ngan jari la.. keciknya aku ni, kan best kalau body tegap macam diaorang ni...

   Betul la orang kata HK mahal foodnya, memang betul camni jer dah RM100 lebih..

    Coffee yang nikmat bau harum..
 

   view dari CP.. memang tenang lihat view ni, sukar diungkapkan dengan kata - kata, hanya deria yang mampu menafsirnya...

  Kesian.. budak 2 dah keletihan... penat berjalan hari ni.. sabar yer... satgi kita naik Sky Terrace plak, hehehehe

Nanti sambung plak la, bos dah mai, hehehee...