Wednesday 30 January 2013

HARI MINGGU DI HOTEL TRADERS

Assalamualaikum...


Sabtu lepas kami sefamili bermalam di Hotel Traders by Shangri-la di Jln. Magazine.  
Boleh dikatakan ini percutian yg bertuah kerana....

Masa nak check in, Receptionist membawaku ke tingkat 16 untuk check in. Mula -mula hairan juga kenapa tak register kat bawah jer.  Rupa-rupanya bilik deluxe yang dibook telah habis, kemudian diupgrade dengan bilik Suite di aras 16 (Traders Club Lounge). Tak sangka kami macam orang kaya jer hari ni.  Layanan first class, murah senyuman. Private Check in pun di bilik lounge, disediakan welcome drink, dan ada complimentary  evening cocktails. Sambil aku uruskan check in, my loves dahpun menjamu selera di lounge.  Semua kat situ muka "mat Salleh". Hanya kami yang muslim. Bertuah rasanya sebab harga bilik kekal sama. yeay...

Sampai aku tak lalu makan petang tu. Happy sangat. Thanx Mr. Charlie, (GSR) and all the Traders Club Lounge staff.



Jom terjah apa ada di bilik kami:-


                                                        Katil King
                          Tea coffee facilities ini ada diberi paket teh Twinning of London lagi..nescafe tu biasa ler

                           Dalam bilik ni ada Wifi dan broadband access



 Budak ni dah siap nak loncat nih, kihkhkih,.....
                                                     Payung pun ada
                           bedroom slippers - dah buat collection di rumah...


Lepak jap kat bilik, solat kemudian nak ronda ke 1st Avenue. Kat sebelah hotel jer.
Sebelum tu wajib posing kat lobby dulu.. berfoto memang hobi tegarku, heeeee..

                           Decoration CNY, suka merah berani 2013

   my little baby nampak macho dok....



Kat 1st Avenue, dinner kat food court.  Pada aku Food Court di sini memang sedap, bersih dan macam 2 ada. Selalu memang tak suka makan di Food Court tapi di 1st Avenue ni lain sikut suasananya. Aku makan Grill ikan pari dan nasi., Harga 1 set RM8.90 sahaja. Murah dan sedap.  Then bawa our kids main game X - box dan main bowling. Lepas tu balik ke hotel. Dah nampak tilam dah dalam perjalanan tadi , hehhehe.

Esoknya bawa kids mandi kat pool di tingkat 4.


     Entrance  dekat poolside

   cuaca cukup panas tapi my kids selamba jer berendam..
oh my baby...

Kami check out pukul 4.00 petang. Ini pun salah satu priviledge bila menginap di Traders Club..Best rasanya tak rushing nak bersiap.

Selain itu, masa nak balik kami diiringi ke lif dan pintu lif sedia terbuka untuk kami. Masa ni rasa nak tergelak pun ada, macam VIP betul lah...siap cakap sila datang lagi.. dan senyum paling manis ..
Wah, seronoknya kalau betul 2 jadi orang kaya, kemana sajer sentiasa diraikan.  Amin....
(kami tersenyum gembira sepanjang dalam lif, hehehhe)


Lepas check - out, terus ke JJ untuk lepak kat Borders dan sambil minum di Starbucks...

That the end of our weekend.. Esok cuti lagi, yeayyyy..

Byeee..













Tuesday 15 January 2013

BERANI 2013

Assalamualaikum..



Semalam 15 hb. Januari 2013 hari bermakna dalam lembaran hidup. Aku dan sahabat - sahabat tersayang telah berpeluang untuk hadir ke satu seminar "Berani 2013" yang diadakan di Sunway Convention Centre.  Walaupun menempuh pelbagai halangan untuk ke majlis ilmu ini, tapi kami gagahkan juga demi untuk merubah masa depan, Insya Allah.

Kami yang berani untuk hadir - Nora, Zie, aku, Ita dan Kak Wati. Tahniah diucapkan!!


Sampai di SCC pun dah agak lewat sebab kesesakan trafik yang menyesakkan fikiran.  Sampai jer terus naik ke atas nak cari Dewan tu dulu...dah selesai pendaftaran, pusing - pusing mall untuk cari food court plak.. Aku memang tak biasa di sini, jarang ke sini so memang tah mahir..

Tak sempat nak snap gambar waktu makan sebab kelaparan sangat. Habis makan terus cari surau untuk solat pulak.. Lepas tu baru rasa tenang untuk masuk dewan.. Sedia .. mula..

Masa pendaftaran tadi kami diberi wrist band dan work book DAO. Tengok buku jer dah semangat untuk memulakan kelas malam ini.

    Buku Inspirasi tu aku beli harga RM25
Masuk ke dewan kami tak boleh ambik gambar dan sebarang rakaman digital.  Ada sebab - sebab tertentu katanya.. Aku pun akur dan simpan semula kamera dalam beg..(kamera allergic ler katakan).

Kelas pun bermula dengan sesi senaman ala - ala chicken dance..badan rasa energize dan minda segar.  Masa Dr. Azizan muncul di pentas, aku berkata "Inilah orang hebat tu, badan tegap penuh keyakinan". Salute Dr. Azizan Osman.

Antara intipati seminar, siapa tak pergi rugi sangat - sangat....

Dia bermula dari zero, hanya berbekalkan niat dan tekad untuk jadi kaya, telah berulang kali bankrup tapi lepas tu bangun lagi untuk berdiri semula. Dia suka berkawan dengan Jutawan untuk dapat idea dan tips untuk businesss.. Dia berani mencuba sesuatu yang baru dan tak pernah kenal erti putus asa. Inilah melayu yang kita mahukan dan banggakan, lepas kaya tolong pula anak bangsa sendiri jadi kaya macam dia.. 

Asas yang perlu ada dalam diri adalah MESTI = mentor/elmu/strategi/tindakan luar biasa dan impian..

- Cuba renungkan M E S T I = yang mana satu dah ada dalam diri kita??

- Org berjaya akan buat lebih dari orang lain

- Kita ada pilihan tapi kita takut untuk guna pilihan itu

- Kita takut sebab ....1) tiada ilmu  2) takut gagal  3) tiada strategi


- Jika kita takut mencuba bermakna kita ikat diri sendiri dari mencuba

- Tak da misi, tak da duit

- 10 tahun akan datang kita akan ditakuk sama jika kita tidak memasang impian sekarang

- Masih belum terlambat untuk berubah

- Hidup biasa - biasa, matlamat tidak besar

- Semua orang berhak untuk kaya, pilihan di tangan sendiri

- Jika mahu anak cucu kita hidup senang maka berubahlah sekarang

- Tak salah berangan, dari situ akan jadi matlamat, dari matlamat ubah jadi tindakan dan seterusnya fokus, fokus dan kuatkan hati untuk berjaya

- Mula dari kecil lama 2 jadi besar

- Bersedekah itu penting. apa yang dihulur lebih yang akan didapati


- Pilih kawan yang ingin maju bukan kawan yang banyak komplain

- Orang yang banyak merungut takkan ke mana

- Akhir sekali, jauhkan dari dari biawak - biawak di sekeliling kita kerana aura negatif mereka akan sedikit sebanyak mempengaruhi kita semua.


Macam - macam lagi yang diperkatakan dan aktiviti menutup mata untuk bayangkan kita lagi 10 tahun akan datang amat aku sukai.. Ia juga satu terapi yang boleh kita gunakan bila kita stress.

Aku mendoakan semoga sahabat - sahabatku yang hadir pada malam itu beroleh rezeki yang tidak terduga dan dipermudahkan urusan untuk menjadi orang berjaya.. kalau jadi orang kaya, itu satu bonus... Amin.

Apapun , aku telahpun menetapkan matlamat aku untuk 10 tahun akan datang pada akhir 2012 yang lalu (aku buat dalam bentuk kad ucapan) untuk diri sendiri.  Ini bermakna aku juga akan menjadi salah seorang umat yang mempunyai matlamat dalam hidup. Amin.

Moga segala ilmu dan majlis yang dihadiri diberkati olehNya. Amin...

TQVM DAO....

Ini kami lepas keluar dewan dengan muka, semangat dan azam yang membaraaaaaa..



                           Bersama kak Wati yang periang dan penyayang

                       Bersama Nora yang lemah lembut dan kuat semangat
                          Bersama Zie yang pemalu dan positif


Sekian.... Sampai rumah pukul 1.15 pagi.... aku pecut ibarat Porche Panamera dan megah bak BMW, heheheheheheeeeee


Bye....

























Tuesday 8 January 2013

Family visit to Penang - Bt. Ferringhi at nite


Salam...

Malam ni kami makan kat tempat istimewa.. seafood restaurant kat Bt. Ferringhi..

                           Subhanallah
 Lepak 2 kat tepi laut sambil menunggu senja berlabuh..sambil tengok minah arab main jet ski dan parasiling
   
Our dinner di Golden Thai Seafood Rest..

  Kami pilih sendiri ikan kerapu yang fresh.. lala dan lain 2...

  Menu - Chili's Crab, Ikan kerapu masak stim, kangkung belacan, udang masak asam, dll lagi
  Selection of foodies yang memang sedap dan ada rasa setiap satunya...
   Cantik la gambar ni...warna terang
 Ada cultural show setiap malam bermula dari 830 malam - 9.30 malam


 My man on the way.. heeeehhhee..

  Posing dulu sebelum makan

Malam itu kami amat kekenyangan.. terima kasih kepada sponsor, hehee.. walaupun mahal amat berbaloi dengan harganya.... sedap.. fresh.. tempat cantik....ada hiburan....layanan first class..heeehee..

Lepas ni kami jalan - jalan kat pasar malam bt. Ferringhi.. jamu mata.. then balik rumah.

Bye....





Family visit to Penang - Tree Monkey Rest.


Salam..

Tree Monkey Restaurant (food . drinks . nature.)

Terletak di sebelah Tropical Spice Garden, kiranya lepas penat berjalan 2 bolehlah singgah makan dan minum di sini...



   Naik bukit ke Tree Monkey, ada budak tu menangis plak, hehehee...

     Nampak view laut dari atas sini

  
   kitaorang tak makan pun kat sini just minum 2 jer sebab malam ni nak makan besarrrrrr
  Sedap nasi goreng belacan tu.. dan spaggeti juga
                                              yang ini memang ummphhh...
    selalu ada monkey lepak kat pokok tu tapi hari ni takda pun


Kat sini juga ada Gallery of Spices.. dimana banyak rempah ratus dan souvenir boleh dibeli..

  Produk kraf kat tingkat atas, kat bawah spices
                  Tourist mesti suka benda - benda camni..

Bye....