Thursday 19 April 2012

Trip ke Singapore - Part 1

Hari tu aku dan family ke Singapore....kali ke 3, cewahhh...kali ini ke USS lagi sebab hari tu tak habis round dalam tu sebab tak cukup masa.  Aktiviti bergambar usah kira ler.. berlambak - lambak gambar . Ini antaranya yang kat dalam USS..


ini kat Hollywood
madagascar

Kami naik Transformers stimulator kat dalam.. punya panjang queue tapi kena sabar sikit....macam 2 orang ada tapi malay tak ramai.. kalau ada pun menyombong....Aku lebih suka pelancong mat salleh yang rilek dan cool jer... peramah

Mel's  Driven Inn - makan burger dan fries jer... tapi halal



ini lepas street show madagascar
Dok dalam tu memang tak sedar masa berlalu, sedar 2 dah malam.... banyak benda nak citer kat dalam tu... tapi aku nak citer masa lepas balik dari USS.. Malam tu kami naik teksi ke ClarkeQuay... kami dok kat hotel budget Frangrance Riverside Hotel.. hotel bersih dan very modern style... tapi bilik sempit la...ini ada gambar pool dia jer.. gambar bilik mana ntah...pening nak carinya.

Ini gambar masa nak naik singapore river cruise... sungguh aman damai permandangan waktu malam di sini.. angin bertiup selembut bayu, permandangan memang cantik. Dalam bot disediakan video yg menceritakan asal usul Singapore yang dulu merupakan sebuah bandar pelabuhan.  Bot tu lalu kat Clarke Quay, merlions, marina bay sands (kat situ ada bulding atas air jenama LV.... telan air liur jer la) dan esplanade. Pastu kami jalan kaki balik ke hotel, dekat jer... jalan 2 waktu malam di sini sungguh selamat, jalan pun bersih walaupun di dalam terowong....ada pemuzik jalanan lagi (malas nak ambik gambar, tak hensem)





Sudah lah yer,, penat nak menaip.  Hari pertama kami ke Arab St. Apalagi sudah lapar kami cariler nasi beriani kat sini. berlambak 2 kedai juai nasi ni.  kami pilih nasi beriani Sharifah (using olive oil- katanya).  Sedapla nasinya tak berminyak dan lembut... layanz



sori... gambar ni terbalik la plak. tak boleh nak betulkan, hisssh


kat kedai jual minyak atar. kuat baunya...poning den..


 Ini kat kedai toys... dia macam muzium la, semua toys lama - lama masa zaman 70-an dulu. teringat masa kecik-kecik dulu.



Aku memang suka bergambar. memang hobi. Nasib baik huby pun suka, dia marah kalau gambar dia sikit...hahahahha

No comments:

Post a Comment