Tuesday 27 November 2012

10 PERKARA MENARIK DI MEDAN

Salam.... Bukan semua orang berkesempatan untuk melancong.. jadi saya amat menghargai peluang yang ada untuk menambahkan ilmu pengetahuan di samping mencuba perkara dan makanan baru, hehe... kalau kita berada diluar dari negara sendiri, confirm sentiasa berasa lapar....semua sedap tau..

BTW, saya nak review perkara yang menarik di tempat yang saya telah lawati bermula dengan Medan, Indonesia pada tahun 2008.


10 perkara menarik mengenai Medan:-

1)  Penduduk yang padat, jadi semua orang berlumba - lumba untuk menyara hidup dengan pelbagai pekerjaan

2)  Sampai di Airport Polonia, Medan, ramai orang berebut - rebut untuk mengangkat luggage untuk tips

3)  Orang Medan melayan tetamu mereka dengan begitu ramah dan baik sekali

4)  Makanan di Medan amat sedap terutama nasi padang dengan harga yang murah walaupun di restoran yang ternama

5) Jika nak membeli baju di toko - toko (cth: di Pasar Ikan), pilih dulu 2 atau 3 barang kemudian barulah menawar harga. 

6)  Baju kebaya yang cantik boleh ditempah di Pasar Ikan dan akan siap dalam masa 1 hari.. bila siap boleh dihantar ke hotel penginapan

7)  Hotel di Medan kepunyaan rakyat Malaysia adalah Hotel Semarak International

8)  Jika kita disapa penjual barang di jalanan, sebaiknya janganlah cuba membeli barang tersebut kerana selepas itu kita akan dikerumuni oleh penjual - penjual lain yang memaksa kita membeli barangan mereka

9)  Ketika di jalanan, berhati - hati dengan pencopet (penyeluk poket dan pencuri beg tangan)

10) Kita boleh menjadi seorang jutawan di negara Indonesia kerana matawang mereka yang amat rendah.. Untuk shopping, bawa RM1000 pun dah cukup, hehehhe.. Macam - macam boleh dibeli sebagai ole - ole untuk dibawa pulang.

- Sekian coretan mengenai Medan -

















No comments:

Post a Comment