Thursday 19 July 2012

SEMBANG - SEMBANG SALAM RAMADHAN 1433 H



Assalamualaikum........

Esok kita akan mula berpuasa iaitu pada 21 Julai 2012 bersamaan 1 Ramadhan 1433 H. 
Alhamdulillah, semoga puasa kali ini akan lebih diberkati, dipermudahkan segala urusan dan diberi ganjaran pahala yang berlipat ganda (kata 2 ini untuk peringatan untuk diriku juga).

Pada pagi ini sewaktu bersarapan pagi di kedai mamak dengan sahabatku sekalian, aku mendapat banyak pengetahuan dan nasihat yang berguna tentang bulan Ramadhan.  Pada usia 36 tahun, aku masih lagi lalai dengan kenikmatan dunia dari mendambakan untuk mencari pahala di bulan mulia ini.

Kata - kata dari sahabat 2 menyedarkan aku betapa aku akan ketinggalan jika tidak bermula beribadat dari sekarang.... masa tidak menunggu kita, masa mencemburui kita..... kita juga yang rugi akhirnya.

Bangkitlah wahai diriku dari tidur yang lena agar mengambil seberapa banyak amalan dan pahala yang dijanjikan Allah SWT.. aku harap untuk berubah lebih baik kali ini.....

Insya - Allah, moga Ramadhan kali ini membawa seribu perubahan dan kebaikan pada diriku dan juga pada sahabat 2 sekalian. Terima kasih kerana sering ingat mengingati sesama kita...

Salam Ramadhan yang  ikhlas dari Juliana....




No comments:

Post a Comment