Friday 14 December 2012

EXPLORING HONG KONG - SKY TERRACE 428

Salam.. jumpa lagi untuk entry Hong Kong ni.. haritu ada masalah teknikal skit sebab tu lambat nak update blog ni.. kalau tak mesti dah habis citer dah psl Hong Kong..sbb dah sebulan berlalu.huhuu..

Hong Kong kota duit .. orang ramai cari duit.. kerja tak henti.. henti.. tekun cari duit.. masing 2 berlumba lumba nak jadi kaya.. jadi kesimpulannya orang di HOng Kong memang tak peduli sangat tentang orang lain .buat hal masing-masing jer... tak busy body macam kat sini, hehehe.. jadi masa kami berada di HK, kami bebas untuk buat apa saja (apa sajer, hehehh) ...tak la sampai buat benda yang dilarang, takda orang usha2, tak da orang sibuk2 hal orang dll lagi.. itu yang best...

Nak jalan 2 kat Hong Kong semua kena duit, duit untuk MTR (beli octopus card) jimat skit.... duit entry ke MT, entry naik tram dsb. sampai kami tak da masa nak kira duit keluar, keluar macam air jer.. tapi sbb dah study dari mula lagi jadinya taklah terkejut sgt banyak RM yang keluar...sebab tu lah nak jalan 2 kena simpan duit..berbaloi mendapat pengalaman di negara luar.. macam2 boleh dipraktikkan bila balik mesia.. dan confident dalam diri pun meningkat...ehh pasal membebel ni.. Ok straight to the point..

Keluar dari Maddame Tussaud, kami naik ke tingkat atas untuk ke Sky Terrace 428.Nak ke atas ni untuk tgk view pun kena bayar asing.. RM berapa tak ingatlah tapi utk satu family dalam RM100 lebih.

                        Naik ekskalator ke tingkat paling atas
 SKY terrace 428 means that place is 428m from the sea level...

Sampai di atas, terasa angin menusuk  ke tulang, rasa nyaman sekali walaupun matahari memancar dengan lembut.. indah sungguh ciptaan Tuhan di tempat ini..
 
 
    Board ni citer pasal sejarah pembangunan HK dari dulu hingga sekarang

  Saujana mata memandaanggg. tak boleh digambarkan dengan kata - kata

  suka sangat dengan gambar ni.. boleh tengok satu hong kong..


   Dari atas nampak  trail tram yang kami naik tadi..

  my beloved family..together we stand .. together we strive for success......
  nak guna teropong pun kena bayar, haahhahah HKD2.00 ataupun boleh juga swipe guna Octopus card.. banyak gunanya kad ni, berbaloi beli..

dan di sebelah bukit tu ada rumah banglow bertingkat2 dipercayai kepunyaan orang 2 kaya (super duper rich) dan jangan terkejut harga 1sq feet hartanah di sini dan antara yg paling mahal di HK iaitu mencecah puluhan ribu HKD - 1 sq feet tau, pengsannn kejap...

 apsal awek filipina tu tengok aku.. tersenyih pulaks tu....

 masa kat atas ni ramai pulak Mat Salleh..

 kat sini juga ada shopping complex - The Galleria, macam 2 ada sedia duit jer..

Di atas tu lah Sky Terrace 428. Unik bangunan ni

 ini tram lama yang tak digunakan dijadikan galeri untuk display free pampletes untuk tourist destinations di HK. hahaha ini baru free..


 Lepas puas jalan 2 kat atas ni, kena turun balik naik tram.. masa turun sekejap jer sampai.. Sedih la sebab nak tinggalkan permandangan yang cantik kat atas ni...Lepas ni kami terus balik hotel untuk mandi, solat dan tukar baju, pastu malam ni ke Avenue of Stars, yeayyy.

Bye..

No comments:

Post a Comment