Saturday 16 March 2013

CABARAN DI LAPANGAN 2012

ASSALAMUALAIKUM...

Malam ni bila tengok foto boria, terkenangkan kembali kenangan CDL 2012 yang diadakan pada 17 Disember 2012 yang lalu.  Serba ringkas mengenai CDL 2012.

Pagi tu, kami semua berkumpul di USM Transkrian untuk pendaftaran CDL.

      Taklimat oleh bos - bos sebelum kami diagihkan untuk aktiviti mengikut bidang masing2.  Kami bahagian pentadbiran diberi assingment mengenai Amalan 5S

          Aku dan para sahabat wajib untuk aktiviti bergambar

Selepas breakfast, kami pejabat J. Pembangunan untuk aktiviti 5S


 Sesi pembentangan kumpulan untuk 5 S.

Setelah selesai lebih kurang pukul 4.30 petang, kami kembali ke dorm untuk aktiviti malam pula iaitu:-


Malam Sanjungan Budi 2012  diadakan khas untuk meraikan Tuan Pengarah Pembangunan, IR. Hj. Mohamad Sofian Ahmad yang akan bersara pada 3 Mei 2013 nanti.  Malam ini istimewa kerana ada persembahan dari ketiga 2 kampus oleh para staf yang sukarela berganding bahu bagi memeriahkan suasana. Acara diadakan di Bukit Jawi Golf Resort.


      ' man of the nite '



   Pengarah Pembangunan menyampaikan ucapannya malam itu.  Beliau terasa amat 'surprised'  dengan majlis dinner meraikan beliau ini.

Antara acara yang berlangsung :


     Dikir Barat oleh staf kampus Kesihatan

  Boria oleh staf kampus Induk


 Sketsa oleh staf kampus Kejuruteraan


   Deklamasi sajak oleh Pn. Shakina dari kampus Induk - Tentang Dia....


  Sesi penyerahan cenderamata - cenderamata kepada Pengarah Pembangunan


Malam itu aku dan sahabat 2 membuat persembahan boria dengan 2 buah lagu. Rasa amat berdebar untuk ke pentas tapi dihati rasa seronok tak terkata kerana telah tiba masa dan ketika  membuat persembahan.  Hasil dari ketekunan dan semangat juang yang tinggi, akhirnya kami berjaya lakukannya.

Bukan mudah sebenarnya.  Seumur hidup tak pernah menari boria.  Banyak step perlu diingat tapi alah biasa tegal biasa.....

Ini group kami:-


     Ita, Tun, Aku, Zie, Fiza dan Aza. Kak kinah tiada dalam gambar ni, kesiannnnn

  Dalam bilik persalinan. masing 2 nervous tapi seronok....



Yeay... kami dah berjaya lakukannya...

Malam itu sungguh bermakna buat kami. Kami akan ingat sampai bila - bila... Terima kasih kepada pihak penganjur Tn. Hj. Hamdan & co. yang telah berjaya melaksanakan majlis CDL dengan lancar dan sempurna.  Terima kasih sekali lagi....

Harap dapat membuat persembahan boria lagi pada masa akan datang....


Wassalam....














1 comment:

  1. Memang tak dapat lupa punya..Best Giler!Practise sampai sakit badan!..tapi puashati..

    ReplyDelete