Friday 28 December 2012

DISNEYLAND HK, HERE I COME..(PART 1)

Salam dan selamat pagi.....

Mata masih tak mengantuk jadi baik sambung cerita pasal HK lagi..

Seperti biasa kami keluar awal dari hotel ... pagi ni nak ke HK Disneyland..akhirnya tercapai juga impian anak 2 nak ke Disneyland..Dulu bagiku tempat ni umpama khayalan semata tetapi kini telah jadi kenyataan..

Naik MTR dari Tsuen Wan, turun kat mana,, tak ingatlah.. tapi lepas tu naik pula MTR untuk ke Disneyland... tren tu special sbb ada watak kartun disney dalam tu...seat pun special...

     Kebetulan aku duduk betul - betul atas kepala mickey kan...
   Patung donald duck
                 Ada amoi takmo senyum wo.. leng lui..le timkai ya....

 Dah sampai pun stesen Disneyland.. station terakhir (last - stop)

Masa sampai - sampai tu, rasa teruja sangat.. sampai berlari - lari naik ke tangga atas sebab nak tengok Disneyland...berlari sakan kami sekeluarga... masa ni tak ramai orang pun..dalam pukul 8.30 pagi kalau tak silap kami dah sampai sana.. tempat ni buka pukul 10.00 pagi.. tapi tak boring nak tunggu sebab view cantik dan nyaman sekali.

Nampak pintu masuk ke Disneyland..teruja yang amat...akhirnya sampai jugak... hehheehe..

  Masa ambik foto cool lagi.. pastu....
   Disneyland, here I comeeeeeee.. yeeehaaaa...

  Selepas entrance, kena jalan kaki ke dalam lagi..
 Sampai la nampak air panjut ni... masa ni dah terdengar berkumandang lagi disney....
 Tiket kami dah beli siap - siap kat Arena of Stars semalam...harganya RM100++ seorang.... dekat RM500++ jugaklah..Harga tiket sama jer kalau beli kat dalam resort ni...
Sambil tunggu gate bukak, kami b/fast ala kadar jer kat luar ni.. hari berangin sungguh... sejuk... aku pulak tak pakai jaket,, berlagak la konon..

Masa tengah queue nak masuk, aku tengok kawasan persekitaran sungguh bersih, tak nampak walau sehelai daun pun..macam mana diaorang handle park yang sebesar ni....sungguh disiplin... kagum tengok..

Sebelum masuk park, dia check beg tangan dan apa juga yang dibawa.. tak bagi bawa masuk food.. kami pun sorok la food dalam jacket hubby, takkan dia berani nak raba pulak kan, hheheha, selamat sudah segala keropok dan junk food...

 Sampai kat dalam, kami terus ke Main Street USA iaitu nak naik train dulu sebab nak  pusing keliling Disneyland.. (dalam Disneyland)
  Ini station dia, nak naik berapa kali pun boleh....
  Tempat duduk yang selesa, sambil duduk boleh tengok view sekeliling

Tak dapat nak ambil gambar badan train  yang kami naik ni..masa siang

ni masa dah malam kebetulan train tu lalu kat kami, so dapatlah snap foto train tu.. masa ni dah takda passenger.. train nak balik tido..

Antara view yang kami sempat ambik masa dalam train...

 Ni masa lalu kat Fantasyland
  Tomorrowland


  Masa ni dah last stop .. memang kena turun kat Fantasyland..
   Depan station
Nanti sambung lagi, dah nak zzzzz  ni, byee..








No comments:

Post a Comment