Tuesday 18 December 2012

TENTANG DIA

(Sajak ini ditujukan khas buat Pengarah Jabatan Pembangunan, Ir. Hj. Mohamad Sofian Ahmad sempena Majlis Makan Malam Sanjungan Budi CDL 2012 di Bukit Jawi Golf Resort) pada 17 Disember 2012

Tentang Dia

Tentang dia
Ibarat bintang di angkasa
Menerangi segenap alam semesta
Daku terpesona kilauannya

Tentang dia
Karisma itulah jati dirinya
Sumber inspirasi bagi kami
Jadi dokongan dalam meniti hari

Tentang dia
Kekuatannya adalah semangat
Mengharungi onak lembah berduri
Rela membakar diri sendiri
Demi keutuhan bangsa pertiwi

Tentang dia
Akan kugenggam erat amanat ini
Kerna dirimu ibarat untaian semangat 
Demi sebuah perjuangan yang tiada nokhtah hentinya

Tentang dia
Sesungguhnya tiada kata dapat diibaratkan
Dirimu itu tiada galang gantinya
Itulah dia – Ir. Hj. Mohamad Sofian bin Ahmad

ju creations 2012

(Sajak ini dideklamasikan oleh Pn. Shakina Samsudin)

No comments:

Post a Comment