Tuesday 15 January 2013

BERANI 2013

Assalamualaikum..



Semalam 15 hb. Januari 2013 hari bermakna dalam lembaran hidup. Aku dan sahabat - sahabat tersayang telah berpeluang untuk hadir ke satu seminar "Berani 2013" yang diadakan di Sunway Convention Centre.  Walaupun menempuh pelbagai halangan untuk ke majlis ilmu ini, tapi kami gagahkan juga demi untuk merubah masa depan, Insya Allah.

Kami yang berani untuk hadir - Nora, Zie, aku, Ita dan Kak Wati. Tahniah diucapkan!!


Sampai di SCC pun dah agak lewat sebab kesesakan trafik yang menyesakkan fikiran.  Sampai jer terus naik ke atas nak cari Dewan tu dulu...dah selesai pendaftaran, pusing - pusing mall untuk cari food court plak.. Aku memang tak biasa di sini, jarang ke sini so memang tah mahir..

Tak sempat nak snap gambar waktu makan sebab kelaparan sangat. Habis makan terus cari surau untuk solat pulak.. Lepas tu baru rasa tenang untuk masuk dewan.. Sedia .. mula..

Masa pendaftaran tadi kami diberi wrist band dan work book DAO. Tengok buku jer dah semangat untuk memulakan kelas malam ini.

    Buku Inspirasi tu aku beli harga RM25
Masuk ke dewan kami tak boleh ambik gambar dan sebarang rakaman digital.  Ada sebab - sebab tertentu katanya.. Aku pun akur dan simpan semula kamera dalam beg..(kamera allergic ler katakan).

Kelas pun bermula dengan sesi senaman ala - ala chicken dance..badan rasa energize dan minda segar.  Masa Dr. Azizan muncul di pentas, aku berkata "Inilah orang hebat tu, badan tegap penuh keyakinan". Salute Dr. Azizan Osman.

Antara intipati seminar, siapa tak pergi rugi sangat - sangat....

Dia bermula dari zero, hanya berbekalkan niat dan tekad untuk jadi kaya, telah berulang kali bankrup tapi lepas tu bangun lagi untuk berdiri semula. Dia suka berkawan dengan Jutawan untuk dapat idea dan tips untuk businesss.. Dia berani mencuba sesuatu yang baru dan tak pernah kenal erti putus asa. Inilah melayu yang kita mahukan dan banggakan, lepas kaya tolong pula anak bangsa sendiri jadi kaya macam dia.. 

Asas yang perlu ada dalam diri adalah MESTI = mentor/elmu/strategi/tindakan luar biasa dan impian..

- Cuba renungkan M E S T I = yang mana satu dah ada dalam diri kita??

- Org berjaya akan buat lebih dari orang lain

- Kita ada pilihan tapi kita takut untuk guna pilihan itu

- Kita takut sebab ....1) tiada ilmu  2) takut gagal  3) tiada strategi


- Jika kita takut mencuba bermakna kita ikat diri sendiri dari mencuba

- Tak da misi, tak da duit

- 10 tahun akan datang kita akan ditakuk sama jika kita tidak memasang impian sekarang

- Masih belum terlambat untuk berubah

- Hidup biasa - biasa, matlamat tidak besar

- Semua orang berhak untuk kaya, pilihan di tangan sendiri

- Jika mahu anak cucu kita hidup senang maka berubahlah sekarang

- Tak salah berangan, dari situ akan jadi matlamat, dari matlamat ubah jadi tindakan dan seterusnya fokus, fokus dan kuatkan hati untuk berjaya

- Mula dari kecil lama 2 jadi besar

- Bersedekah itu penting. apa yang dihulur lebih yang akan didapati


- Pilih kawan yang ingin maju bukan kawan yang banyak komplain

- Orang yang banyak merungut takkan ke mana

- Akhir sekali, jauhkan dari dari biawak - biawak di sekeliling kita kerana aura negatif mereka akan sedikit sebanyak mempengaruhi kita semua.


Macam - macam lagi yang diperkatakan dan aktiviti menutup mata untuk bayangkan kita lagi 10 tahun akan datang amat aku sukai.. Ia juga satu terapi yang boleh kita gunakan bila kita stress.

Aku mendoakan semoga sahabat - sahabatku yang hadir pada malam itu beroleh rezeki yang tidak terduga dan dipermudahkan urusan untuk menjadi orang berjaya.. kalau jadi orang kaya, itu satu bonus... Amin.

Apapun , aku telahpun menetapkan matlamat aku untuk 10 tahun akan datang pada akhir 2012 yang lalu (aku buat dalam bentuk kad ucapan) untuk diri sendiri.  Ini bermakna aku juga akan menjadi salah seorang umat yang mempunyai matlamat dalam hidup. Amin.

Moga segala ilmu dan majlis yang dihadiri diberkati olehNya. Amin...

TQVM DAO....

Ini kami lepas keluar dewan dengan muka, semangat dan azam yang membaraaaaaa..



                           Bersama kak Wati yang periang dan penyayang

                       Bersama Nora yang lemah lembut dan kuat semangat
                          Bersama Zie yang pemalu dan positif


Sekian.... Sampai rumah pukul 1.15 pagi.... aku pecut ibarat Porche Panamera dan megah bak BMW, heheheheheheeeeee


Bye....

























No comments:

Post a Comment