Wednesday 30 January 2013

HARI MINGGU DI HOTEL TRADERS

Assalamualaikum...


Sabtu lepas kami sefamili bermalam di Hotel Traders by Shangri-la di Jln. Magazine.  
Boleh dikatakan ini percutian yg bertuah kerana....

Masa nak check in, Receptionist membawaku ke tingkat 16 untuk check in. Mula -mula hairan juga kenapa tak register kat bawah jer.  Rupa-rupanya bilik deluxe yang dibook telah habis, kemudian diupgrade dengan bilik Suite di aras 16 (Traders Club Lounge). Tak sangka kami macam orang kaya jer hari ni.  Layanan first class, murah senyuman. Private Check in pun di bilik lounge, disediakan welcome drink, dan ada complimentary  evening cocktails. Sambil aku uruskan check in, my loves dahpun menjamu selera di lounge.  Semua kat situ muka "mat Salleh". Hanya kami yang muslim. Bertuah rasanya sebab harga bilik kekal sama. yeay...

Sampai aku tak lalu makan petang tu. Happy sangat. Thanx Mr. Charlie, (GSR) and all the Traders Club Lounge staff.



Jom terjah apa ada di bilik kami:-


                                                        Katil King
                          Tea coffee facilities ini ada diberi paket teh Twinning of London lagi..nescafe tu biasa ler

                           Dalam bilik ni ada Wifi dan broadband access



 Budak ni dah siap nak loncat nih, kihkhkih,.....
                                                     Payung pun ada
                           bedroom slippers - dah buat collection di rumah...


Lepak jap kat bilik, solat kemudian nak ronda ke 1st Avenue. Kat sebelah hotel jer.
Sebelum tu wajib posing kat lobby dulu.. berfoto memang hobi tegarku, heeeee..

                           Decoration CNY, suka merah berani 2013

   my little baby nampak macho dok....



Kat 1st Avenue, dinner kat food court.  Pada aku Food Court di sini memang sedap, bersih dan macam 2 ada. Selalu memang tak suka makan di Food Court tapi di 1st Avenue ni lain sikut suasananya. Aku makan Grill ikan pari dan nasi., Harga 1 set RM8.90 sahaja. Murah dan sedap.  Then bawa our kids main game X - box dan main bowling. Lepas tu balik ke hotel. Dah nampak tilam dah dalam perjalanan tadi , hehhehe.

Esoknya bawa kids mandi kat pool di tingkat 4.


     Entrance  dekat poolside

   cuaca cukup panas tapi my kids selamba jer berendam..
oh my baby...

Kami check out pukul 4.00 petang. Ini pun salah satu priviledge bila menginap di Traders Club..Best rasanya tak rushing nak bersiap.

Selain itu, masa nak balik kami diiringi ke lif dan pintu lif sedia terbuka untuk kami. Masa ni rasa nak tergelak pun ada, macam VIP betul lah...siap cakap sila datang lagi.. dan senyum paling manis ..
Wah, seronoknya kalau betul 2 jadi orang kaya, kemana sajer sentiasa diraikan.  Amin....
(kami tersenyum gembira sepanjang dalam lif, hehehhe)


Lepas check - out, terus ke JJ untuk lepak kat Borders dan sambil minum di Starbucks...

That the end of our weekend.. Esok cuti lagi, yeayyyy..

Byeee..













No comments:

Post a Comment