Monday 29 April 2013

APRIL DI CAMERON HIGHLANDS (PART 1)

Assalamualaikum...


Minggu lepas kami sekeluarga bercuti ke Cameron Highlands.  Dah 2 tahun tak kesana, mesti pelbagai perubahan berlaku.. Alhamdulilah perjalanan perjalanan ke atas berjalan lancar dan smooth..

Sampai - sampai terus ke.......................

                                FIRST STOP - BHARAT TEA PLANTATIONS

                                  kita minum dulu ya.... teh lemon panas 2


Kids suka butter cookies kat sini, sedap

                                    Scones RM12 untuk 1 set...

       Lepas minum jom panjat bukit sambil menghirup udara segar di sini.. release tension bila tengok 'green'

                                               
                                                ' Hot Couple - forever in love......'





  2ND STOP - LAVENDER GARDEN


   Ini tempat tarikan terbaru di CH iaitu Lavender garden. Kat sini pokok lavender ditanam dengan suburnya umpama berada di Amsterdam. Cantik..very the purple lah, hehehee....


                   Entrance for Adults RM5 and child RM3. Masuk jer kat nampak saujana mata memandang pokok 2 lavender yang cantik...rasa segar sangat..aura positif..



                            my loves excited tengok kereta morris minor ni....kusyen dalam keta pun warna purple


 Tahu tak apa dalam rumah kecik ni..dalam batang pokok tu ada sarang lebah dan bumbung tu tempat lebah keluar masuk.. unik kan....


   

              Cantik bunga ni - morning glory warna merah
                  kat sini boleh petik strawberi sendiri....ambik yang warna merah sajer tau....

           Semua teringin nak petik sendiri...nurul jer tak mau gambarnya diambil...

                      Hasil yang dipetik semuanya berjumlah RM34.00. Buah besar - besar ...sori. gambar tak da la plak..



                     Nurul tak pernah tinggalkan patung ni kemana sahaja dia pergi, hatta ke Hong Kong hari tu pun bawa jugak...



  gift shop ni jual pelbagai produk dari hasil lavender, contoh sabun wangi, losyen, spray dll.

                           cafe kat tingkat atas ni...cantik viewnya..


 




Sekian sajer pengalaman di Lavender Garden...best.. mesti pergi lagi...





No comments:

Post a Comment