Thursday 11 April 2013

SEMINAR BERANI 2013 - HANYA YANG PANTAS AKAN MENANGGGGGGGGGGGGGGGG

Hai,

Amat bertuah kerana sekali lagi berpeluang untuk hadir ke Seminar Berani Berniaga 2013 anjuran Richworks International...jumpa lagi Dr. Azizan Osman insan hebat, motivator berkarisma tinggi dan jutawan melayu yang mempunyai 16 buah syarikat.

Seminar hari ini 7 April 2013 adalah berkolaborasi dengan agensi Kerajaan dimana dana akan diberi kepada para Usahawan yang ada potensi dan serius dalam bisnes.

wristband "berani berniaga 2013'

                   Workbook dan aku dapat sebuah buku  50 strategi pemasaran kerana hadir awal

           Dapat duduk di barisan agak depan. seronok..jelas nampak muka Doc. Ribuan orang yang hadir, semua bersemangat menunggu di muka pintu dewan dan berrebut untuk masuk...Jom serbuuuuu

Sebelum kelas bermula, semua kena bangun dan buat 'chicken dance' lalalalala.... dan movement lain yang ummphhh... baru segar rasa badan. shake your body...

Sepanjang kelas tidak dibenarkan ambil  gambar.  Dr. Azizan memanggil 4 orang peserta untuk berkongsi maklumat bisnes masing - masing, ada yang tak tahu misi, halatuju, ada yang tak tahu apa patut dibuat...ada yang dah berniaga 15 tahun tetapi untung sederhana saja.. Dr. Azizan ada menyebut kalau keuntungan berniaga  pisang untuk  sebulan RM8 ribu sahaja, beliau akan membuat untung 3 kali ganda dari peserta tadi..itulah dinamakan strategi.. perlu M E S T I, barulah bisnes mengaummmmmm.....jangan jadi orang Nepal Utara, biawak, gurau pun tak boleh..... (itu antara ayat femes DAO).


ANTARA NOTA BISNES KALI INI :-

5 Sifat Orang Yang Berjaya :-

1) Bersyukur - kurang komplen, orang banyak komplen jiwa kecil, sikit masalah, jiwa sentap

2) Senyum - jaga emosi diri, kena pandai layan jiwa sendiri

3) Sedekah - senyum pun sedekah, sedekah sikit dapat sikit, sedekah banyak dapat pulangan banyak (kalau mampu)

4) Pantas - kena pantas dalam tindakan, lambat satu kerugian kerana masa itu EMASSSSSSSSSS
   (hanya yang pantassssssss akan menangggggggggg)

5) Mentor - pastikan mentor kita orang yang memang buat bisnes, bukan orang yang mengajar bisnes

*********************************************************************************
* Dimana ada masalah, disitu ada peluanggggggggg (bisnes wujud bila ada masalah)

* 2 pilihan dalam hidup - memberi masalah atau menyelesai masalah

* Cipta takdir diri atau sudah takdir hidup

* Angan - angan - tak pernah ditulis
* Impian - matlamat yang ditulis
("you will not be rich if you are not written")

* Berani berimpian, buat tindakan luar biasa, berimpian yang besar.....

* Orang yang berjaya kena pekakkan telinga - ya betul, hehehehe

* "Fast action, fast result, terhegeh - hegeh action, terhegeh - hegeh result"

dan lain - lain lagi..............................

Tetamu jemputan pada hari itu Menteri Besar Perak, Dato' Dr. Zamri.. bertuah dapat jumpa MB face to face..

Macam - macam tips diberi hari tu...semuanya memberi impak besar dalam hidup ini.. Terima kasih kerana ada insan jutawan seperti Dr. Azizan yang memberi ilmu yang penting ini...

' AKU KAYA, AKU BERJAYA '

 - kaya senyum, kaya sedekah, kaya santun, kaya budi bahasa, kaya jiwa, kaya akhlak dan lain lagi, bukan setakat kaya material sahajer....



Seminar tamat pada pukul 1.00 tengah hari dan disambung pada sesi petang.
Ribuan yang hadir tersenyum bangga dan seronok .... aku double dan tripple seronok...
        

Porsche Dr. Azizan Osman.. merah mengaummm, berani seperti tuannya..
I like.......


TERIMA KASIH TOK GURU.. ADA REZEKI NANTI NAK JUMPA LAGI ...
SEMINAR BERBAYAR PULAK KALI INI..

DAN THANKS A LOT KEPADA HUBBY YANG TEMAN JU HARI TU...
HE ENJOY LA...HEHEHEE



BYE.........




No comments:

Post a Comment